Artikel

Bajet 2023 Akan Tertumpu Pada Penerapan Teknologi Automasi Dan Digital

Malaysia pada Bajet 2023 kelak dilihat akan memberi tumpuan kepada pemerkasaan teknologi automasi dan digital dalam landskap ekonomi negara.

Kementerian Kewangan (MOF) melalui Timbalan Menteri II memaklumkan fokus tersebut adalah sebahagian daripada agenda negara untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital.

Setakat ini langkah sokongan inovasi telah memaparkan sebanyak 99 projek dan program meliputi penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi pelaburan berjumlah RM5.6 bilion telah diluluskan pentadbiran negara.

Menerusi pemerkasaan tersebut, MOF melihat langkah ini akan membangunkan industri tempatan di samping mengurangkan kebergantungan pada segmen import dan meningkatkan potensi teknologi tempatan pada ekosistem automasi Malaysia.