Malayan Banking Bhd (Maybank) pada hari ini (12 September) mengesahkan akan memindahkan operasi induknya ke Menara Merdeka 118.
Langkah itu menurut laporan akan dilaksanakan menjelang tahun 2025 kelak. Pelaksanaan itu akan dijalankan secara berperingkat mulai suku pertama 2025. Ini bermakna sekitar 5,900 petugas yang berkhidmat di operasi induk akan mengalami peralihan operasi.
Manakala bagi bangunan Menara Maybank sedia ada pula, difahamkan telah mencapai sepakat pajakan selama 10 tahun bersama PNB. Di mana semua perbelanjaan menara tersebut merangkumi penyelenggaraan, insurans serta cukai akan dipautkan kepada PNB.
Buat pengetahun umum, Menara Merdeka 118 adalah menara kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 678.9 meter. Selain operasi induk, beberapa anak syarikatnya turut akan beralih ke operasi di Menara Merdeka 118 – antaranya Maybank Islamic, Maybank Investment Bank dan Maybank Asset Management.
Menerusi penyertaan Maybank pada mercu ini, ia sekaligus merancakkan sasaran negara menjadikan Menara Merdeka 118 selaku landskap pemangkin baharu ekonomi di Kuala Lumpur.