Artikel

Sarawak Akan Bangunkan Pertanian Moden – Bantu Tingkatkan Pendapatan Menjelang 2030

Selaras dengan pemerkasaan teknologi semasa, kerajaan negeri Sarawak bersama persekutuan kelak merancang membangunkan pertanian moden di kawasan Sri Aman – iaitu bahagian pengeluaran padi negara.

Usaha itu mengikut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah sebahagian daripada susulan perancangan bagi pembinaan Jambatan Batang Lupar 2 yang akan membuka kawasan tersebut pada sektor pertanian.

Meskipun tidak berkongsikan angka sebenar peruntukan pada perancangan ini, dijangka perbelanjaan besar dapat diperlihatkan kelak oleh umum pada sokongan dana kerajaan negeri dan persekutuan.

Berdasarkan pemerhatian, penerokaan teknologi pada sektor pertanian ini berupaya membantu meningkatkan pendapatan isi rumah pemain kepada RM6,000 sebulan – menjelang akhir 2030 kelak.