Artikel

LHDN Jangka Kutipan Cukai 2022 – Lebihi RM139.3 Bilion

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kekal yakin akan prestasi kutipan cukai langsung pada tahun ini – yang dilihat berupaya mencapai lebihi RM139.3 bilion.

Sasaran tersebut selari dengan apa yang ditetapkan pada pembentangan Bajet 2022, Oktober lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mohd Nizam Sairi, kutipan tersebut berpotensi diraih susulan pertumbuhan ekonomi yang semakin memulih dan sedang berkembang. Situasi ini secara langsung membantu negara melonjakan semula kutipan hasil negara.

Buat pengetahuan umum, setakat Jun 2022 seramai 31,598 pengelak cukai telah dikenalpasti LHDN. Di mana jumlah tersebut merangkumi individu dan perniagaan.

Pengesanan jumlah ini mengambil kira maklumat melalui pemilikan aset dan kemampuan entiti untuk mengambil pinjaman/sekuriti lemebihi RM500,000 dan ke atas.

Susulan tindakan kumpulan ini, mengikut analisa LHDN, negara mengalami amaunĀ ketirisan cukai langsung sekitar RM655 juta. Sekiranya isu ini berterusan ia akan memberi impak yang negatif pada kestabilan ekonomi tempatan dan jika dapat dilunaskan ini membantu kutipan hasil negara.