Artikel

KTMB Dalam Usaha Baik-Pulih Kereta Api Lama, Penuhi Lonjakan Pengguna

KTMB, Keretapi Tanah Melayu Berhad ketika ini sedang meningkatkan infrastruktur perkhidmatannya – meliputi membaik-pulih kereta api lama dan menambah kereta api baharu untuk kepentingan pengguna.

Pihaknya menyedari isu kekurangan koc tempat duduk serta kehabisan pembelian tiket perkhidmatan telah menyukarkan para pengguna. Oleh itu, KTMB bersama pihak terlibat memaklumkan akan mempercepatkan projek naik-taraf kemudahan di Lembah Klang.

Bagaimanapun tindakan naik-taraf kualiti perkhidmatan ini bakal memberi kesan kepada ketetapan masa dan waktu perjalanan untuk sesetengah laluan antara stesen Rawang ke Kuala Lumpur.

Mengikut perancangan lanjut, KTMB akan menambah jumlah tempat duduk dengan penambahan jumlah koc dari 6 koc kepada 12 koc kelak.