Tamatnya era pimpinan Ratu Elizabeth II pada awal September ini membawa erti – tidak sekadar mengubah arus pentadbiran United Kingdom (UK) tetapi kelak turut mengubah tradisi 70 tahun mereka pada aliran kewangan yang menghiasi wang kertas di 33 buah negara yang berasingan.
Di mana perubahan pada cetakan syiling dan wang kertas Britain dijangka akan berlaku.
Untuk makluman, setakat ini terdapat 29 bilion syiling dan 4.7 bilion wang kertas pada edaran UK yang menampilkan potret Ratu Elizabeth II. Meskipun perubahan cetakan tersebut masih lagi belum disahkan oleh Royal Mint namun langkah penggantian tersebut hanya dapat dilaksanakan setelah stok edaran cetakan potret Ratu Elizabeth tamat. Seperti sebelum ini, potret Ratu Elizabeth hanya dicetak pada tahun 1960 meskipun beliau telah menaiki takhta pada tahun 1952.
Maka proses perubahan yang sama akan berlaku ke atas pencetakan wang kertas, syiling menampilkan Raja Charles III ini.
Menurut laporan TIME beberapa negara bekas jajahan British seperti Australia dan New Zealand – turut memiliki pendapat yang sama bahawa tindakan pencetakan baharu hanya dapat dilakukan setelah stok edaran potret Ratu berakhir, namun pihak bank pusat juga kekal memberi keutamaan keputusan pentadbiran sekiranya tindakan pencetakan mata wang potret Raja Charles III dilaksanakan.
Perubahan ini untuk makluman, tidak hanya melibatkan cetakan mata wang tetapi melibatkan edaran setem baharu, perkhidmatan penguatkuasa, terma perundangan melibatkan peguam diraja dan perubahan pada lirik lagu kebangsaan mereka daripada Queen kepada King.