Artikel

CIMB Turut Naikkan Kadar Asas, Kadar Pinjaman Asas – Mulai 13 September Ini

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50% pada minggu ini secara langsung akan memberi kesan kepada faedah dari perbankan. Terbaharu CIMB Bank dan CIMB Islamic kini mula meningkatkan faedah mereka.

Di mana bermula 13 September kelak, CIMB akan melaras naik Kadar Asas (BR), Kadar Asas Standard (SBR) dan Pendapatan Pulangan Tetap mereka ke 25 mata asas.

Begitu juga, semua kemudahan pembiayaan berdasarkan Kadar Pinjaman Asas (BLR) dan Kadar Pembiayaan Asas (BFR) akan dinaikkan sebanyak 0.25%. Semua perubahan kadar akan berkuat kuasa pada 13 September 2022 ini. 

Menerusi makluman ini, diharap para pengguna mengambil perhatian dan bersedia akan perubahan kadar CIMB pada minggu hadapan.