Wahed Invest merupakan salah satu syarikat memfokuskan pelaburan robo, dimana pelaburan diuruskan secara automatik melalui aplikasi. Terbaru, Wahed Invest dilihat melalui penjenamaan semula, dan kini hanya dikenali sebagai Wahed sahaja.
Selari dengannya juga, logo Wahed kini diubah kepada warna kuning dengan rekaan ikon baharu.
Perubahan ikon juga telah diimplementasi pada aplikasi Wahed di peranti mudah-alih.
Perubahan ini juga mungkin selari mereka ingin menambah sejumlah ciri-ciri baharu pada platform mereka, termasuk sokongan biayasama, selain turut melihat kepada penawaran bank digital di UK.