Artikel

Lebih 8,000 Syarikat Di Malaysia Diiktiraf Halal

Menjelang tahun 2028, pasaran halal global dijangka berupaya berkembang sehingga RM14 bilion. Potensi ini sekaligus memberi manfaat kepada Malaysia, selaku peneraju pasaran halal global mengatasi 81 buah negara lain.

Setakat ini, menurut Perdana Menteri Ismail Sabri pada pelancaran MIHAS – Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, di negara lebih 8,000 syarikat telah diiktiraf halal. Ini bermakna sektor firma negara memiliki pengiktirafan dari aspek pematuhan serta piawaian mengikut undang-undang syariah bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Lebih menarik, 20% daripada jumlah tersebut bertindak selaku syarikat pengeksport negara.

Maka untuk merancakkan potensi tersebut, Malaysia menyasarkan melalui MIHAS negara berupaya meraih RM1.9 bilion jualan. Meskipun ia tempoh yang singkat, industri halal negara optimis akan permintaan semasa.

Untuk makluman setakat ini eksport halal Malaysia telah berjumlah RM31 bilion dan dijangka akan terus melonjak kepada RM56 bilion menjelang 2025.