CTOS Digital Bhd kelak menjadi pemegang saham utama pada RAM Holding dengan kepentingan ekuiti 55.88%, setelah membeli pegangan pada dua pemegang saham dengan jumlah 16.45% bernilai RM46.88 juta.
Pemerolehan ini menurut laporan merangkumi penglibatan Dragonline Solutions dan Deutsche Bank (Malaysia).
Berdasarkan kenyataan bersama Bursa itu, kepentingan CTOS dalam RAM secara langsung akan meningkat daripada 39.13% kepada 55.58%. Langkah ini sekaligus memberi kelebihan kepada kedua syarikat untuk memanfaatkan kepakaran kumpulan pada penilaian kredit, data serta pemerhatian bersama pelanggan.
Seterusnya pemerolehan ini secara rasmi dijangka dapat diselesaikan pada akhir September kelak.