Artikel

Melaka Bakal Bangunkan Laluan Baharu – Hubungkan Malaysia-Indonesia

Bagi tempoh 20 tahun kelak, dijangka laluan baharu dalam bentuk jambatan atau terowong melibatkan jarak sekitar 120 kilometer akan dibina di Melaka.

Perancangan melibatkan usahasama syarikat swasta ini akan menghubungkan Malaysia dan Tanah Besar Sumatera, Indonesia. Menurut sasaran pembangunan sekitar 20 tahun ini akan memberi kesan yang baik pada sektor ekonomi kedua negara.

Mengikut tinjauan penyelidikan cadangan pembinaan ini meliputi pemerhatian pada jarak antara pesisir pantai di Dumai, Indonesia ke Telok Gong, Masjid Tanah di sini hanya sejauh 47 km. Secara dasarnya kedua-dua negara telah bersetuju untuk rancangan ini diperincikan dan langkah awal di peringkat kerajaan negeri Melaka.

Pada fasa awal, kerajaan negeri ketika ini telah mula membawa semua agensi kerajaan untuk melihat kawasan yang akan dibina jajaran baharu tersebut.