Artikel

AirAsia Kekal Ungguli Penyedia Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Di Rantau Asia

Untuk tahun ke-6 berturut-turut, AirAsia kekal ungguli kedudukan selaku Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka di rantau Asia di World Travel Awards ke-29 pada tahun ini.

Menurut AirAsia Aviation, meskipun berdepan cabaran pada status kewangan pengukuhan ini hasil dedikasi kumpulan dalam memperbaiki perkhidmatan setelah beberapa sempadan antarbangsa kembali dibuka.

Selain pengikitarafan tersebut, AirAsia juga turut dinobatkan selaku Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Asia untuk tahun ketujuh berturut-turut di World Travel Awards ke-29.

Buat pengetahuan umum WTA adalah medium pengiktirafan pada industri pelancongan global yang mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan di seluruh sektor utama industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti.