Artikel

51% Rakyat Malaysia Akui Tidak Mampu Beli Rumah

Baik harga kediaman biasa mahupun harga di bawah skim rumah mampu-milik, ternyata sekitar 51% rakyat Malaysia mengakui mereka masih tidak mampu membeli dan memiliki kediaman. 

Dapatan melalui Kajian Sentimen Pengguna Separuh Kedua 2022 PropertyGuru itu jelas menunjukkan lebih separuh rakyat negara masih alami kesukaran membina aset mereka sekiranya tiada bantuan yang memadai dengan tekanan kos semasa. 

Untuk makluman 73% responden memiliki pemahaman yang jelas berhubung kelayakan miliki rumah mampu-milik, namun disebabkan ketidakseimbangan ekonomi serta kos sara hidup semasa – kumpulan ini dilihat mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum berpendapat layak melakukan pembelian kediaman.

Lebih mengejutkan, tinjauan juga dapati sekitar 43% responden akan menggunakan 20% daripada pendapatan isi rumah bulanan mereka hanya untuk melunaskan pinjaman perumahan. Diikuti 35% responden pula menggunakan 40% daripada pendapatan bulanan isis rumah mereka untuk pinjaman perumahan. 

Selain itu, faktor lain yang turut diutamakan bakal pembeli rumah di Malaysia juga – melihatkan 99% bimbang akan kesan perubahan cuaca terhadap kediaman mereka. 

Di mana kini 85% responden mula peka akan kepentingan perubahan cuaca pada aset rumah mereka.  Antaranya; 

  • 88% khuatir akan kesan banjir dan akan kesan tanah runtuh
  • 49% kesan suhu panas
  • 47% bimbang akan berlakunya kebakaran
  • 44% pula runsing akan kesan gempa bumi
  • 19% khuatir akan hakisan pantai