Artikel

Ninja Van Kini Rakan Logistik TikTok Shop – Di Malaysia, Indonesia Dan Filipina

Ninja Van, penyedia logistik Singapura ketika ini terus mengukuhkan jejak perkhidmatan mereka – apabila terbaharu dilantik selaku rakan logistik TikTok Shop bagi perkhidmatan di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Adanya usaha perkongsian ini, ia secara langsung memberi pilihan kepada para pengguna untuk melaksanakan pembelian dengan memilih Ninja Van selaku khidmat penghantaran.

Lebih menarik kerjasama ini juga turut memberi tumpuan kemudahan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS), di mana membolehkan peniaga menguruskan bahagian promosi serta jualan sementara segmen logistik pula disempurnakan hab Ninja Van.