Bagi melestarikan ekosistem ekonomi negara secara atas talian, sekitar 100,000 peniaga tempatan kini menerima manfaat subsidi berjumlah RM109 juta melalui penyertaan Jualan Murah Keluarga Malaysia @DE Dagang.
Sumbangan Shopee dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang masing-masing bernilai RM54.5 juta ini sekaligus berupaya membantu peniaga tempatan meningkatkan aliran jualan mereka khusus dalam skop eksport, pelancongan serta produk kraf.
Melalui sokongan tersebut, subsidi tersebut turut memberi kelebihan kepada pengguna dengan beroleh penjimatan sehingga 20% atau sehingga RM500 bagi setiap transaksi pembelian produk tempatan.
Shopee juga melihat sumbangan ini berupaya menyokong peniaga tempatan dalam mengurangkan kos operasi pada jualan atas talian dan memacu penyertaan pengguna dalam pembelian medium digital.
Sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh layari pada pautan Shopee JMKM@De Dagang.