Artikel

MOF Pertimbang Guna Aplikasi Untuk Salur Subsidi Bersasar

Sejak awal Julai lalu, kerajaan Malaysia telah menzahirkan hasrat untuk menerapkan langkah subsidi bersasar kepada rakyat negara bagi mengimbangi kelebihan buat golongan pendapatan rendah.

Meskipun tidak mengetahui tempoh pelaksanaan sebenarnya, Kementerian Kewangan (MOF) kini sedang mempertimbangkan pendekatan salurannya. Antaranya melalui aplikasi buat pengguna.

Menurut Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara pertimbangan aplikasi dan penggunaan dompet digital ketika ini sedang dikaji pihaknya.

Namun beliau memberi gambaran pelaksanaan sedemikian mengambil sedikit masa berikutan ekonomi negara masih dalam fasa pemulihan dan pertumbuhan berdepan tekanan inflasi.

Malah penawaran subsidi tersebut juga akan berlandaskan kepada pasaran semasa minyak mentah – sekiranya harga di pasaran adalah rendah penawaran subsidi tersebut berkemungkinan tidak diperlukan.