Artikel

Ringgit Jatuh Paras Terendah Dalam Tempoh 24 Tahun – Berbanding Dolar AS

Susulan ekonomi global tidak menentu mengakibatkan lebih ramai pelabur beralih, Ringgit pada hari ini (7 September) dibuka pada paras terendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sejak krisis kewangan Asia pada 24 tahun lalu iaitu 1998.

Menurut laporan Bernama, Ringgit dibuka pada jam 9.01 pagi hari ini telah jatuh kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS daripada 4.4970/4500 pada penutupan hari Selasa.

Situasi pasaran yang tidak seimbang ini didorong atas aspek isu perdagangan yang berlaku disebabkan Rusia serta tindakan Moscow menafikan bekalan gas ke rantau Eropah. Ia secara terus memberi kesan kepada dasar ekonomi terbuka termasuklah di pasaran negara.

Ini secara langsung meningkatkan tekanan pada pasaran ekonomi antarabangsa bersama bebanan inflasi dan kenaikan berterusan kadar faedah di bawah Rizab Persekutuan AS.