Selari dengan moto Be Unstoppable, Boost menjadi antara jenama menerima Lesen Bank Digital dari Bank Negara Malaysia (BNM) – kini mula mengatur nafas baru dengan melaksanakan pembaharuan pada jenama mereka bagi perancangan di tahun mendatang.
Erti kata mudah, Boost ingin menampilkan perkhidmatannya selaku jenama tanpa batasan – yang sebelum ini hanya dikenali sebagai penyedia dompet digital, kini telah meluaskan tawaran melangkaui pembayaran nirtunai (tanpa tunai), turut meliputi pinjaman alternatif, teknologi insurans (insurtech), dan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan – aturan ini sekaligus menjadikan ia sebuah syarikat teknologi kewangan (fintech) spektrum penuh.
Antara penampilan startegi baharu yang diketengahkan adalah BoostBiz, BoostConnect, BoostLife, dan BoostCredit.
Sehingga kini Boost telah memiliki lebih 500,000 peniaga berdaftar pada aplikasi di seluruh Malaysia dan Indonesia. Diikuti peningkatan 10.5% dalam bilangan pengguna sehingga lebih 10 juta, bersama jumlah transaksi keseluruhan telah melonjak 26.8% mencapai RM2.9 bilion bagi 6 bulan pertama 2022.