Pada tahun ini, dijangka lebihan bekalan sarung tangan berupaya mencecah sekitar 124 bilion helai.
Penyusutan permintaan sehingga 10% ini didorong situasi pandemik COVID-19 yang semakin reda di sebahagian negara menyebabkan penambahan stok dalam kalangan pengedar semakin mengecil.
Mengikut tinjauan firma penyelidikan Kenanga Research itu tahun 2023 kapasiti penghasilan sarung tangan akan terus meningkat 16% meskipun lebihan bekalan akan kekal berlaku.
Sementara untuk tahun ini, pasaran menjangkakan kapasiti pembuatan sarung tangan global akan meningkat 22% kepada 511 bilion helai sarung tangan. Memandangkan berdepan penyusutan 10% hanya 387 bilion helai bekalan sahaja penuhi permintaan untuk pasaran tahun 2022