Seperti yang semua sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini (7 September) mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak diwajibkan lagi, berkuat kuasa serta-merta.
Pelaksanaan ini menurut Khairy Jamaluddin diteliti berdasarkan situasi semasa tahap penularan COVID-19 negara. Sebelum ini KKM telah melonggarkan aturan pemakaian pelitup muka di mana hanya tempat terbuka sahaja dibenarkan tidak memakai pelitup muka sementara kawasan tertutup masih lagi diwajibkan pemakaian pelitup muka.
Namun setiap premis perniagaan dibenarkan untuk MENENTUKAN samada wajar ataupun tidak pemakaian pelitup muka dilaksanakan oleh pengunjung mereka.
Pemakaian pelitup muka bagaimanapun DIWAJIBKAN bagi situasi berikut:
- Kes positif COVID-19;
- Menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan -hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah; dan
- Semasa berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis, dan yang setara dengannya
KKM juga AMAT MENGGALAKKAN agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutamanya apabila:
- Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti pasar malam, stadium, gedung membeli belah dan rumah-rumah ibadah;
- Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema
- Individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah dan ibu mengandung; dan
- Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak
Keperluan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini iaitu tidak diwajibkan.
Walau bagaimanapun, KKM kekal menggalakkan orang awam agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan sekiranya:
- Berada di kawasan ramai orang dan sesak
- Individu bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
- Individu berisiko tinggi;
https://twitter.com/khairykj/status/1567426099730333696?s=21&t=bWGzwI2VDrs7OnMNJfda2A