Artikel

Ipoh, Semenyih – Tampil Antara Carian Destinasi Tertinggi Airbnb Malaysia

Permintaan penginapan di luar hab metropolitan utama Malaysia kini dilihat semakin meluas pada suku kedua 2022 – di mana destinasi Ipoh, Kuah, Semenyih dan Port Dickson menjadi lokasi carian tertinggi pada medium Airbnb.

Lebih menarik lokasi tersebut tidak hanya banyak di cari bahkan menjadi pilihan tertinggi untuk menginap lebih lama, lebihi 28 hari.

Tinjauan Airbnb pada Further Afield; Spreading the Benefits of the Travel Revolution ini juga turut memaparkan permintaan penginapan di luar bandar kini menjadi lebih tinggi. Untuk Malaysia, Marang Terengganu menjadi destinasi pilihan dengan peningkatan penginapan dua kali ganda pada suku kedua 2022 berbanding data 2019, sebelum pandemik COVID-19.

Dengan pengembangan penginapan di luar metropolitan dan kawasan terpencil ini, ia tidak sekadar menunjukkan minat pengguna pada persekitaran yang lebih tenang, tetapi turut membantu ekonomi setempat di destinasi berkaitan meningkat, secara tidak langsung.

Malah dengan pertambahan tempoh penginapan, ia akan meningkatkan lagi pemulihan sektor pelancongan di destinasi tersebut.