Artikel

Kadar Tambang Penerbangan Wajar Alami Kenaikan

Capital A, syarikat induk disebalik rangkaian penerbangan tambang murah AirAsia kini melihat kewajaran kadar tambang penerbangan dinaikkan adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Ini kerana susulan peningkatan kos bahan api dan nilai dolar Amerika Syarikat (AS)yang kukuh memerlukan kenaikan kadar tersebut dilaksanakan.

Mengikut laporan, pada sidang awal minggu ini Tony Fernandes menyifatkan kadar tambang penerbangan sukar untuk kembali pada kadar tahun 2019. Setelah berdepan kerugian dek pandemik COVID-19, syarikat penerbangan juga perlu menjana keuntungan semula.

Malah sebagai perbandingan, kadar tambang tiket penerbangan masih lebih rendah berbanding tambang perkhidmatan pengangkutan lain.

Selain menyentuh isu tambang, Capital A turut opmitis untuk meneruskan rancangan kumpulan menyenaraikan AirAsia Aviation dan Super App pada papan New York. Buat pengetahuan umum, AirAsia Aviation meliputi AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Filipinaa dan AirAsia Indonesia.

Langkah penyenaraian awam itu dikhabarkan akan diumumkan pada tahun 2023.