Artikel

Taiwan Gantung Sementara Kemasukan Tanpa Visa Bagi Rakyat Malaysia – Mulai 12 September

Mulai 12 September kelak, Taiwan melalui makluman Kementerian Luar Negeri Taiwan akan menggantungkan sementara waktu bagi kemasukan tanpa visa untuk pelancong dari Malaysia.

Meskipun tidak memperincikan pelaksanaan ini, ia dilihat memiliki kaitan dengan pengumuman kerajaan Taipei pada awal minggu ini bahawa akan menyambung kemasukan tanpa visa untuk pelancong dari negara yang memiliki hubungan diplomatik bersama mereka.

Selain Malaysia, beberapa negara lain turut berdepan situasi penggantungan sementara kemasukan tanpa visa itu – antaranya Thailand, Brunei, Singapura, Filipina, Jepun, Korea Selatan, Chile, Rusia, dan beberapa negara lain.