Artikel

Bekalan Terjejas Kesan Cuaca – Harga Sayur Mungkin Naik

Rentetan cuaca hujan berlarutan di Malaysia sejak kebelakangan ini, sesetengah petani berpendapat situasi ini berupaya menjejaskan bekalan sayur negara sehingga 30%.

Pengurangan hasil tanaman ini menurut laporan sekaligus berpotensi meningkatkan harga jualan sayur di pasaran.

Antara permintaan sayur yang berkemungkinan naik adalah seperti bok choy, cili, bendi, kacang panjang, bayam, kacang panjang dan beberapa sayur lain.

Situasi tersebut turut disokong oleh Persatuan Pemborong Sayur Malaysia – apabila memaklumkan antara kawasan tanaman yang terjejas meliputi ladang yang tidak terlindung serta kawasan terbuka seperti Cameron Highlands dan Melaka serta pasaran sayur di ibu kota Kuala Lumpur.

Selain kawasan sedemikian, bahagian utara Johor telah memperlihatkan kemerosotan hasil tanaman sekitar 20% pada bulan Ogos.

Melihat pada aliran bekalan tersebut, ini tidak hanya memberi kesan kepada permintaan pasaran domestik Malaysia tetapi turut memberi kesan kepada aliran eksport sayur ke negara luar.