Timbalan Menteri Kewangan, kini berkongsi mengatakan kerajaan masih belum diperingkat yang perlu memperkenalkan semula cukai GST.
Ini kerana pemulihan ekonomi yang kukuh , dimana kerajaan yakin ekonomi negara akan catat unjuran pertumbuhan antara 5.3% ke 6.3% untuk tahun 2022 ini.
Perkara ini juga selari dengan peningkatan serta pemulihan pasaran buruh, disamping peningkatan permintaan dari dalam dan luar negara.
Sebelum ini, Malaysia telah perkenalkan GST pada 1 April 2015 yang lepas, dan telah dimansuhkan sejak 1 September 2018 yang lepas. Ketika itu, cukai GST dikenakan sebanyak 6%.