HappyFresh merupakan salah satu aplikasi yang menawarkan kemudahan untuk orang ramai melakukan tempahan barangan runcit, dan menerimanya di rumah. Setelah beroperasi sejak beberapa tahun, namun, kini HappyFresh dilihat menghadapi masalah.
Daripada percubaan kami sendiri, ia didapati HappyFresh memaparkan notis pada aplikasi, mengatakan semua kedai ditutup buat sementara waktu pada aplikasi tersebut.
Ia turut dinyatakan yang mana mereka sedang menyelesaikan beberapa masalah, dan perkhidmatan mereka akan kekal tutup sehingga ia diselesaikan.
Mengikut perkembangan semasa, Bloomberg menyatakan ahli lembaga pengarah HappyFresh telah melantik sebuah firma khusus dalam melakukan semakan berkaitan situasi kewangan untuk HappyFresh.
Di Indonesia juga, HappyFresh telah menghentikan perkhidmatan mereka pada minggu ini. Untuk makluman, HappyFresh sedia menerima pelaburan daripada sejumlah pihak, termasuk Grab.