Artikel

Foodpanda Mengurangkan Angka Pekerja Dalam Usaha Mencapai Keuntungan

Foodpanda kini mengesahkan mereka telah mengurangkan sejumlah angka pekerja mereka. Walaubagaimanapun, ia tidak dinyatakan pasukan dan bahagian yang terlibat dengan pengurangan pekerja ini.

Langkah ini dilihat dalam mengurangkan kos, dan menuju ke arah keuntungan dalam syarikat tersebut untuk terus beroperasi untuk jangka masa panjang.

Selain Foodpanda, sejumlah syarikat teknologi turut memperlihatkan pengurangan pekerja akhir-akhir ini, termasuk Shopee.