Artikel

Binance Akan Henti Sokongan USDC, USDP, TUSD – Akan Ubah Automatik Ke BUSD

Binance, salah satu penyedia bursa dagangan kriptowang di dunia, kini menyatakan mereka akan mengubah semua pegangan pelanggan melibatkan USDC, USDP dan juga TUSD kepada stablecoin milik Binance tersendiri, iaitu BUSD.

Perubahan ini akan dilakukan pada 28 September 2022 kelak. Langkah ini juga turut akan membawa kepada penghentian sokongan untuk berdagang menggunakan USDC, USDP dan TUSD pada platform tersebut.

Ia turut dijangka akan memberikan kesan dari segi nilai dan permintaan untuk stablecoin lain, selain membuatkan pengguna beralih kepada penggunaan BUSD.

Perubahan ini menerima pelbagai reaksi berbeza daripada para pengguna dan peminat kriptowang seluruh dunia. Buat masa ini, Binance masih tidak beroperasi di Malaysia kerana tidak mempunyai lesen yang sah.