Mengikut perkongsian Moody’s Analytics, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25bps kepada 2.5% pada minggu ini.
Ini selari dengan BNM yang dijadualkan untuk mesyuarat Dasar Monetari bagi September pada 7-8 September 2022 ini.
Sebelum ini, kadar OPR telah dinaikkan sebanyak 25bps kepada 2.25% pada bulan Julai lepas.
Peningkatan kadar ini dijangka mengurangkan inflasi negara, selain turut meningkatkan nilai ringgit berbanding dolar AS.