Artikel

Imigresen Malaysia Kutip RM3.5 Bilion Bagi Hasil Negara – Setakat Akhir Ogos

Data sehingga 30 Ogos lalu telah memperlihatkan kutipan hasil Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sebanyak RM3.5 bilion – ini bermakna jumlah hasil negara sedemikian lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada tahun 2021 iaitu sebanyak RM2.5 bilion.

Pencapaian ini diraih hasil kutipan besar daripada levi pekerja asing dengan kemasukan seramai1.35 juta pekerja asing ke Malaysia. Diikuti dengan tindakan pembaharuan serta pendaftaran baru bagi Pasport Malaysia bersama kutipan kompaun yang dikenakan ke atas pengguna yang melanggar peraturan imigresen negara.

Menyusuri prestasi kutipan yang membrangsangkan ini, Imigresen menyasarkan pihaknya berupaya meraih kutipan sehingga RM4 bilion menjelang akhir tahun ini – berikutan pengenalan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia pada minggu lalu yang berpotensi mengalakkan kemasukan hartawan global pada ekosistem hartanah tempatan.