Melalui data yang dihimpunkan oleh Bloomberg, kini India mengatasi UK dalam menjadi ekonomi ke-5 terbesar di dunia.
India dilihat mengatasi UK sejak tempoh tiga bulan terakhir 2021 yang lepas.
Malah, untuk tahun ini juga, ekonomi India dijangka akan meningkat sekitar 7%, sementara di UK, mereka menghadapi masalah melibatkan inflasi dan juga kadar harga tenaga yang agak tinggi.
Antara negara dengan ekonomi terbesar dunia yang lain mengikut tangga adalah Amerika Syarikat, China, Jepun dan juga Jerman.