Artikel

DBKL Alami Rugi RM700,000 – Kesan Kerosakan Landskap Hari Merdeka

Rentetan menerima sambutan yang membrangsangkan pada sambutan kemerdekaan 31 Ogos tempoh hari, di sebalik kemeriahan itu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini alami kerugian sekitar RM700,000 – dek kerosakan landskap yang berlaku susulan kehadiran pengunjung terlalu ramai.

Menurut kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah, dianggarkan lebih 100,000 pengunjung telah hadir pada sambutan sedemikian, disebabkan kapasiti terlalu padat ini mengakibatkan berlakunya kerosakan landskap.

Situasi tersebut menurut laporan adalah persekitaran luar biasa yang didepani pihak DBKL, maka bagi memastikan isu ini tidak berbangkit lagi – DBKL kelak akan laksanakan semakan lanjut berhubung kekurangan program dan menerbitkan garis panduan baharu untuk menghindari isu yang sama berulang.