Artikel

CIMB Maklum Alami Gangguan Transaksi – Sehingga Jam 9 Pagi Ini

Pada pagi ini (3 September), CIMB memaklumkan terdapat komplikasi pada penggunaan perkhidmatan perbankan mereka. 

Ini berlaku susulan sistem perkhidmatan mereka sedang alami penyelenggaraan sehingga jam 9 pagi hari ini.

Gangguan perkhidmatan telah berlaku dari jam 12.00 pagi sehingga 9 pagi. Maka para pengguna diminta peka akan makluman ini,  dan mengatur perbelanjaan dengan baik sehingga sistem kembali pulih.