Artikel

KKM Bakal Berkongsi Keputusan Keperluan Melonggarkan Pelitup Muka Dalam Masa Terdekat

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan kini berkongsi mengatakan, pihak KKM akan mengumumkan keputusan berkaitan keperluan untuk melonggarkan pemakaian pelitup muka dalam masa terdekat.

Buat masa ini, pemakaian pelitup muka diwajibkan di kawasan bertutup, dan sedia dilonggarkan di kawasan terbuka.

Khairy berkongsi mengatakan ia telah dibincangkan secara dalaman, dan mungkin dikongsikan keputusan akhirnya dalam masa beberapa hari lagi.

Keputusan melonggarkan pemakaian pelitup muka dijangka dicapai kerana kes Covid-19 yang kini mendatar atau menurun, dengan angka penghospitalan yang rendah. Sebelum ini, negara jiran, Singapura turut telah melonggarkan pemakaian pelitup muka.