Artikel

Kopi Kenangan Akan Membuka Sehingga 10 Cawangan Di Malaysia Pada Tahun Ini

Kopi Kenangan, salah satu jenama minuman kopi dari Indonesia, kini mengumumkan mereka akan mula memperluaskan jenama mereka ke negara-negara lain sekitar Asia Tenggara, dan Malaysia akan menjadi destinasi pertama.

Langkah ke Malaysia ini mungkin selari dengan jenama mereka yang lebih mudah difahami disebabkan oleh penggunaan bahasa Melayu padanya.

Sekitar 10 cawangan Kopi Kenangan dijangka akan dibuka menjelang penghujung 2022 ini. Ia dijangka akan dibuka sekitar Kuala Lumpur terlebih dahulu.