Semua pihak sedari, paras inflasi pada Julai lalu telah mencapai 4.4% – antara tekanan kos tertinggi yang didepani penduduk di Malaysia. Tidak hanya itu tekanan kadar faedah di peringkat dunia juga oleh Rizah Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) turut memberi kesan ke atas pasaran ekonomi terbuka.
Maka melihat pada situasi semasa, terdapat kemungkinan Kadar Dasar Semalaman (OPR) Malaysia bakal berdepan kenaikan lagi susulan lonjakan inflasi, jangkaan ini menurut pemerhati ekonomi tempatan berupaya berlaku atas tekanan kos semasa.
Seperti yang ketahui, tindakan meningkatkan OPR secara amnya bertujuan melandaikan kadar inflasi – akan tetapi langkah sedemikian perlu direncanakan dengan baik tanpa mengugat kuasa peminjam Malaysia.
Buat masa ini Bank Negara Malaysia (BNM) melalu Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) telah menetapkan paras OPR sekitar 2.25% dan berdasarkan jangkaan paras tersebut kekal sehingga akhir 2022, akan tetapi peningkatan inflasi baru-baru berkemungkinan memberi nilai OPR sebaliknya.
Selain Malaysia, Indonesia kini dimaklumkan turut bakal berdepan kenaikan paras OPR dengan kenaikan kepada 4.25%.