Artikel

Bermula 7 September – Jepun Naikkan Had Kemasukan Pelancong Kepada 50,000

Jepun tidak lama lagi bakal menaikkan had kemasukan pelancong asing ke negara mereka dari 20,000 kemasukan ke 50,000 mulai 7 September ini.

Makluman rasmi Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida itu jelas memberi khabar baik buat sektor pelancongan negara mereka. Meskipun Jepun sedang berdepan gelombang ke 7 jangkitan COVID-19, namun pihak kawalan sempadannya telah meningkatkan kemudahan kawalan jangkitan ke atas pelancong antarabangsa.

Ini bermakna, bagi mana-mana pelancong yang telah menerima 3 suntikan vaksinasi dan tidak memiliki sebarang gejala boleh melaksanakan perjalanan anda ke Jepun.

Berdasarkan kelonggaran tersebut, mengikut laporan pentadbiran Jepun sedang berdepan kritikan dari sektor ekonomi, pendidikan dan perniagaan mereka. Kritikan tersebut susulan Jepun setakat ini masih bergelut akan kenaikan kes COVID-19 serta kes subvarian BA.5 Omicron yang dilihat berleluasa di seluruh negara.

Setakat 31 Ogos lalu, sekitar 169,491 kes baharu COVID-19 dicatatkan Jepun.