Artikel

Lazada Sedang Melihat Untuk Perluaskan Penawaran Ke Eropah

Lazada, perkhidmatan edagang dibawah Alibaba, kini sedang melihat untuk memperluaskan penawaran mereka untuk pasaran di Eropah. Dengan langkah ini, Lazada yang sedia menempa nama di rantau Asia Tenggara ini akan mencabar sejumlah perkhidmatan edagang sedia ada di rantau tersebut, termasuk Amazon.

Seperti ramai sedia maklum, Eropah merupakan salah satu pasaran dan rantau dengan angka pengguna yang tinggi. Tetapi, ia berkemungkinan lebih mencabar berbanding di Asia Tenggara.

Shopee sebelum ini pernah mencuba untuk memperluaskan penawaran di Eropah, tetapi seperti telah menghentikan dan menamatkan operasi di beberapa buah negara di Eropah.

Lazada walaupun tampak sedikit mengehadkan promosi di rantau ini, tetapi dilihat agak aktif melakukan pelaburan – termasuk mengambil pegangan pada TNG Digital di Malaysia, serta Dana di Indonesia.