Artikel

CIMB Untung RM1.28 Bilion – Prestasi Suku Tahunan Terus Melonjak

CIMB Group Holding ketika ini terus mengekalkan prestasi operasi mereka dari suku ke suku – apabila ketika ini meraih keuntungan bersih sebanyak RM1.28 bilion bagi suku kedua berakhir 30 Jun lalu.

Peningkatan 18.52% daripada data suku yang sama pada tahun lalu ini, jelas memperlihatkan penambahbaikan prestasi. Sementara itu bagi rekod pendapatan pula, kumpulan turut memaparkan peningkatan 5.63% kepada RM4.88 bilion dan prestasi sepanjang 6 bulan pertama pula telah meningkatkan keuntungan bersih sebanyak RM3.1 bilion.

Meskipun sebelum ini kumpulan berdepan pelbagai kritikan berhubung isu ketirisan dana dan ketidakcekapan aplikasi perbankan namun CIMB terus memperkukuhkan kedudukan perkhidmatan mereka dari semasa ke semasa di era ketidakseimbangan ekonomi.

Dan hasilnya kini menampilkan aplikasi perbankan baharu CIMB Octo bersama prestasi kewangan yang membrangsangkan bagi sukuan tahun 2022.