Para penyedia perkhidmatan seru-pandu (e-hailing) kini diberi peringatan, kegagalan memperbaharui lesen perniagaan pengantaraan (LPP) bakal membawa kedudukan firma digantung dan berdepan tindakan undang-undang.
Langkah tersebut menurut makluman Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) pada ciapan Twitternya bertepatan di bawah Akta 715 iaitu Akta Pengangkutan Awam Darat.
Siaran Media MOT mengenai;
*PERKHIDMATAN PENGENDALI E-HAILING TANPA LESEN YANG SAH AKAN DIGANTUNG, BAKAL DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG*
…….
*E-HAILING OPERATORS WITHOUT VALID LICENSES WILL BE SUSPENDED AND SUBJECT TO LEGAL ACTION* pic.twitter.com/USueLgyAvf— Kementerian Pengangkutan Malaysia (@MOTMalaysia) August 30, 2022
Ini bermakna setiap penyedia seru-pandu yang tidak memiliki LPP sah berupaya dikenakan denda di bawah perundangan sehingga RM500,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun.