Artikel

BNM Kini Menambah OctaFX – Pada Senarai Amaran Pengguna Kewangan

BNM, Bank Negara Malaysia ketika ini telah memaparkan senarai baharu amaran pengguna kewangan – dengan menambah OctaFX bagi amaran orang awam untuk tidak melabur pada medium kewangan tersebut.

Untuk makluman, sebelum ini Suruhanjaya Sekuriti (SC) telahpun menambah OctaFX pada senarai amaran pelabur. Kini giliran BNM pula melaksanakan tindakan peringatan kepada pengguna awam.

Susulan itu, orang awam dinasihatkan untuk terus berwaspada pada penyertaan platform kewangan dan diperingatkan untuk sentiasa menyemak senarai amaran dari BNM dan SC dari semasa ke semasa sebagai langkah berjaga-jaga.