Artikel

AutoGen PLUS – Lindungi Pemilik Kereta Terpakai, Lama Daripada Kos Baiki Mahal

Memiliki kenderaan bukanlah suatu tindakan yang mudah apatah lagi ketika di era ketidakseimbangan ini  – ini tidak hanya menyentuh soal kos pembelian namun turut merangkumi kos sampingan bagi tindakan pembaikan kenderaan di masa hadapan. 

Memahami kesukaran itu – program jaminan waranti lanjutan melindungi pemilik kenderaan, AutoGen PLUS kini mula diperkenalkan buat kemudahan pengguna awam. 

Di mana dengan hanya pelan serendah RM298 setahun, AutoGen PLUS menerima pelbagai jenis jenama dan model kereta persendirian terpakai sehingga tempoh 10 tahun dan bacaan odometer dalam jarak 200,000 kilometer.

Langkah ini sekaligus meningkatkan keyakinan pengguna serta pengedar terhadap pasaran kereta terpakai. 

AutoGen PLUS di bawah jaminan Berjaya Sompo Insuranc bersama sokongan FMCCAM dan KPDNHEP turut memperincikan sebelum jaminan lanjutan ini diaktifkan, semua kereta di bawah program wajib menjalani ujian diagnosis dan pemeriksaan singkat bersama pihak pemeriksaan di bawah bidang tugas Persekutuan Persatuan-Persatuan Syarikat Permotoran & Kredit Malaysia (FMCCAM).

Ini bertujuan memastikan kedua-dua pihak pengedar mahupun pembeli kereta terpakai dilindungi daripada risiko yang berkaitan dengan sebarang isu melibatkan status kereta curi atau kereta tersebut tidak melepasi  kelayakan pada pembaikan. 

Buat pengetahuan umum, mengikut pemerhatian FMCCAM, sektor kereta terpakai Malaysia dijangka berkembang pada CAGR sebanyak 10% dalam tempoh ramalan dari sekarang hingga tahun 2025. Ramalan jualan kereta terpakai untuk tahun 2022 ialah 420,000 manakala bagi jualan borong dalam talian kepada peniaga pasaran dijangka ditutup pada 650,000 unit menjelang akhir tahun ini. Pertumbuhan itu dijangka berterusan pada 2023 dengan ramalan sebanyak 450,000 unit kereta terpakai dijual kepada pelanggan dan 750,000 unit untuk pengedar borong dalam talian kepada pengedar.

Melalui AutoGen PLUS, pemilik kereta akan dapat mengakses panel yang merangkumi lebih daripada 200 bengkel yang dipercayai untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan secara berkala. Ini merupakan langkah yang selaras dengan usaha mempromosikan pemilikan kereta yang mampan.