Artikel

Melalui Maybank2U – Pengguna Kini Boleh Muat-Turun Penyata Bulanan Akaun Simpanan

Memahami keperluan pengguna dalam mengetahui aliran dana pada akaun simpanan mereka, Maybank pada hari ini (29 Ogos) mengumumkan pengguna boleh memuat-turun penyata bulanan akaun simpanan melalui Maybank2U.

Berdasarkan kenyataan, para pengguna boleh memasuki laman rasmi Maybank2U dan memilih Akaun Simpanan dan klik pada bahagian View Statement untuk tindakan memuat-turut penyata tersebut.

Bagaimanapun, perolehan penyata tersebut hanya bermula bagi penyata bulanan bulan Julai dan ke atas sahaja. Ini bermakna sekiranya anda menginginkan penyata pada bulan sebelum Julai, data tersebut tidak dapat dimuat-turun pada ciri baharu ini.

Oleh itu para pengguna boleh layari Maybank2U untuk menyemak penyata bulanan akaun simpanan anda.