Artikel

Malaysia Bakal Bangunkan Litar Ujian Jalan Pertama Di Asia Tenggara

Malaysia tidak lama lagi bakal memiiliki Litar Ujian tersendiri iaitu MIROS Technology Test Track (MT3) sepanjang 1 kilometer di Sepang, Selangor.

Melihat pada perancangan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) setelah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah MIROS Test Track pada hari ini (29 Ogos) menjelaskan projek perintis bertekologi  ini berupaya membantu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pengujian kenderaan bagi tujuan penilaian dan penyelidikan.

Antaranya membabitkan break performance, speedometer, steering equipment serta pegujian infrastruktur jalan.

Ia juga meliputi tindakan melepasi Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan penilaian kenderaan yang mengikut Standard Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Regulations) di peringkat antarabangsa.

Untuk makluman sebelum ini, segala pengujiaan jenis kenderaan yang dibawa masuk ke negara perlu menjalani ujian litar di pasaran luar terlebih dahulu – maka kewujudan fasiliti tersebut berpotensi meningkatkan kemudahan negara dalam sektor automatif dan dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.