Artikel

De.Wan 1958 Rancang Buka 9 Cawangan Lagi – Dalam Tempoh 2 Tahun

Globaltec Formation Bhd kini telah menjalankan kesepakatan bersama perjanjian pemegang saham bagi meraih 45% kepentingan ekuti pada Metta Food & Lifestyle Sdn Bhd, iaitu syarikat yang diasaskan bersama Chef Wan.

Pemilikan kepentingan dengan nilai suntikan RM20 juta itu dilihat berpotensi mengukuhkan kedua-dua syarikat dalam usaha memperluaskan cawangan De.Wan 1958 pada seluruh rangkaian Malaysia dan melangkaui pasaran antrabangsa kelak.

Setakat ini, perluasan restoran Chef Wan tersebut memiliki 4 cawangan diseluruh negara dan kini sedang merancang untuk membuka 9 cawangan lagi dalam tempoh dua tahun mendatang, menjelang 2024.