Artikel

TNB, MySuri Biz Tech Rancang Sediakan 1,000 Unit Teksi Elektrik

Seiring dengan sokongan usaha penyahkarbon Malaysia, Perdana Menteri Ismail Sabri hari ini (29 Ogos) memaklumkan sekitar 1,000 unit teksi kenderaan elektrik (EV) akan tersedia di negara.

Usaha tersebut dilaporkan akan melibatkan kerjasama antara Tenaga Nasional Berhad dan penyedia perkhidmatan MySuri Biz Tech.

Makluman itu telah dikongsikan selari dengan pengumuman negara dalam menguatkuasakan Garis Panduan Pembangunan Infrastruktur Kenderaan Elektrik pada suku keempat tahun ini.

Pada masa yang sama kerajaan turut melakukan pengumumkan dengan pilihan baharu berhubung perolehan bekalan elektrik hijau kepada syarikat melalui konsep Perjanjian Pembelian Tenaga Maya – turut bermula pada suku keempat kelak dengan tawaran kuota 600mw.

Manakala Pulau Redang dan Pulau Perhentian pula dijadikan sebagai destinasi perintis bagi pembangunan Pulau Tenaga Hijau dengan menyediakan bekalan elektrik secara konsisten dan mampu bayar.