Artikel

Sesi Persekolahan 2023 Akan Kekal Bermula Bulan Mac

Sama seperti pada tahun ini, sesi atau takwim persekolahan untuk 2023 akan bermula pada bulan Mac.

Menteri Pendidikan mengumumkan perkara ini selepas mengambil kira pelbagai faktor, termasuk kebarangkalian banjir di Pantai Timur.

Disamping itu, dengan langkah ini juga, sela masa bagi calon SPM yang telah menduduki peperiksaan tidak terlalu panjang, dan membolehkan momentum pembelajaran dikekalkan.

Sebelum ini, pada tahun 2022 ini takwim persekolahan telah bermula pada Mac, disebabkan beberapa penangguhan kerana PKP dan Covid-19.