Artikel

Khazanah Dilaporkan Ingin Melabur Pada GoMechanic

Khazanah Nasional Berhad, kini dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk mengetuai suntikan dana pelaburan berjumlah $100 juta ke GoMechanic.

GoMechanic merupakan salah satu firma perkhidmatan memfokuskan khidmat kenderaan, berpusat di India. Ia turut menawarkan perkhidmatan mereka untuk pasaran Malaysia.

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 2016 yang lepas, dan kini turut dilihat agak aktif mempromosikan perkhidmatan mereka di Malaysia melalui media sosial.

Sekiranya perbincangan berjalan lancar, GoMechanic ini akan dinilaikan sekitar $700 juta.