Artikel

Belanjawan 2023 Disahkan Bentang Pada 7 Oktober Kelak

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) baharu sahaja sebentar tadi mengesahkan tindakan pembentangan Belanjawan 2023 akan dilakukan pada 7 Oktober ini.

Tarikh itu lebih awal dari penetapan jadual sebelum ini, yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober 2022.

Menurut pengesahannya pada laporan Berita Harian, langkah itu telah diputuskan pada mesyuarat Kabinet pada hari ini (26 Ogos).

Malah pada pengesahan tersebut, Takwim Dewan Rakyat Pada Oktober juga turut diawalkan – dijadualkan bermula pada 26 Oktober hingga 15 Disember kelak.