Artikel

Penguatkuasaan 45 Jam Bekerja Seminggu Di Malaysia, Kini Ditangguhkan Ke 1 Januari 2023

Pindaan Akta Kerja 1955 yang seharusnya dikuat kuasakan pada 1 September kelak kini ditangguhkan kepada 1 Januari 2023.

Makluman itu menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada sidang media hari ini (25 Ogos) sekaligus menjelaskan penguatkuasaan 45 jam bagi tempoh bekerja selama seminggu turut sama alami penangguhan di bawah Akta tersebut.

Selain penangguhan itu, tindakan untuk penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti 7 hari juga turut alami penangguhan.

Tindakan penangguhan itu telah mendapat persetujuan di dalam mesyuarat Kabinet setelah mengambilkira pandangan semua pihak industri serta majikan.